Tahun berganti tahun, zaman berganti zaman, isu kemudahan asas terutamanya jalan raya masih menjadi tagihan dalam kalangan penduduk Sabah.
Apatah lagi sejak COVID-19 menyerang dan pada masa sama tengkujuh melanda, jalan yang rosak menjadi semakin daif.
Kawasan di pantai timur Sabah adalah antara pemilik paling utama bagi jalan raya berlubang di negeri Sabah.